Thursday, December 23, 2010

Bandung Part 3

Day 2 (5 Dec 2010 Sunday)

Walaupun alarm off, pukul 4.30am waktu Bandung, mata dah terbelalak n tak boleh tido. Nilah namanya jet lag, sebab di waktu di Malaysia adalah 5.30am, mmg waktu bangun tido setiap hari. Dahlah cuaca malam amat sejuk (aircond off), selimut sehelai tak cukup nak memanaskan badan.

Apa lagi nak buat, org lain semua tido lagi so tgk Indonesian news di TV, kemas barang yg dibeli semalam. Tapi subuh masuk dlm jam 4.50am dan habis around 6am. 6am di Bandung dah start terang, 7am tu terang benderang (yelah 8am waktu KL).

Pagi AHAD...apa lagi, pergi Pasar Gazeeboo lah...pasar pagi yg hanya ada pada hari Ahad....mcm pasar malam style di Malaysia. Suruh budak hotel tu carikan teksi. Dia dapatkan teksi dgn harga RP25,000 (RM8.90)untuk ke sana. Yg ni tak pakai ARGO (meter).

Dalam perjalanan tu, kami notice yg separuh Jln Dago telah ditutup. Kenapa ya Pak? Driver taxi tu cakap pagi Ahad adalah pagi beriadah. So, Jln utama spt Jln Dago akan ditutup separuh sampai 11am n org ramai buat aktiviti riadah spt jogging, aerobic, cycling etc. Mmg betul pun ,sepanjang jalan nampak org berjogging, power walking n aerobic. Satu keluarga turun padang.


Meh join aerobic pagi Ahad di Bandung.

Sebab kami keluar jam 7am, kereta masih tak banyak di Pasar Gazeeboo (PG), orang pun kurang ramai dan gerai pun byk yg masih sedang dibuka. Kebanyakan peniaga hanya meletakkan brg jualan di atas kain yg di atas jalan. Macam2 barang ada, tapi yg paling best diaorg jual brg hasil buatan sendiri. Seperti doll furniture set yg dibuat dr kayu plywood n dicat. Tak bolehlah compare dgn factory made toy tapi for a RP20,000 (RM7), that was a good bargain. So, that was my 1st purchase at PG.

Suzy amat berkenan dgn anak ayam colorful ni. Kalau tak kerana custom tak bagi bawa balik binatang hidup cenggini, mesti dia dah beli setipa color 1 ekor, bela kat ofis. (picture courtesy of Suzy)


Contoh satu lagi, beg2 yg dibuat dari scrap upholstery fabric (fabric buat sofa lah). Agaknya, kain2 lebihan buat sarung sofa tu, diaorg buat beg. Memanglah takde inside lining and all the embellishment tapi amat cantik dan harga berbaloi-baloi. Beg saiz medium (boleh isi telekung n buku) RP20k (RM7) n yg kecil (utk jadi makeup bag or pouch) RP10k (RM3.50). So apa lagi, borong sampai 7 kot (utk souvenir).

Kat PG ni harganya memang murah sebab customers pun rakyat jelata Bandung, bukannnya tourists. Aku mmg dress down mcm rakyat jelata dan cakap sebyk mungkin vocab and lenggok Indonesia. Camera mmg tak keluar sebab takut kena copet (Few of the seller warned us about penyeluk saku which work in group). Kalau bwawa keluar camera mmg diaorg tau sahlah kita ni tourist.

Jumpa seorg peniaga baju ni, dia kata dia pun ada kedai di Pasar Baru, tapi pagi Ahad dia bawa stok baju tu ke PG. Harga di PG utk baju RP60k, tapi di Pasar Baru harganya diletak jauh lebih mahal.

My own case, baju yg ada crochet di leher dibeli di PG dgn harga RP25k, tapi bila tgk di P. Baru, harganya RP45k....

Telekung kain cotton Paris tu di PG, lepas bargain dpt RP165k (dia letak RP170k), di P. Baru ,paling murah boleh dapat RP190k.

Muslimah arm socks and foot sock (kain tebal mcm sock tu, bukan nipis punya), harga hanya RP5k je (RM1.70)...warggg..kenapa beli 5 ajer..kat KL ni paling murah pun RM10 sepasang.

Memang murah..murah ..murah...murah...mcm2 beli...kasut, slipper manik, legging, baju dinner, kids sweaters, baju batik, kain batik, telekung etc.... penuh foldable bag yg dibawa..rabak gak RP739k (RM260)...tapi mmg berbaloi baloi...

By 9.30am, org dah ramai, sesak sgt, kami pun dah penat and lapar. Tu baru jelajah 1 side je PG tu, tak pergi pun to the other side of the road, tak larat dah...nak balik hotel dulu, tinggalkan barang sebelum ke P Baru. Nak naik apa? Kereta punyalah byk n jam maha hebat. Nak tahan teksi, takut kena ketuk (tak nampak pun Bluebird yg pakai argo)

Decided naik Angkot (angkotan Kota), van converted into public transportation. Tambang antara RP1000 ke RP3000, depending on the distance. Lawaknya kitaorg ambil angkot yg salah, rupanya yg kitaorg ambil tu gi Terminal Dago, the opposite way. So jauh jugalah kitaorg tour, siap naik atas bukit, nampak Bandung di bawah nun. Sampai di Terminal Dago, tukar ke angkot yg lalu Jln Dago (takyah patah balik sebab dia mcm buat 1 round gitu)..hek eleh..dekat jer Terminal Dago tu dgn HRD2, tapi tak sangguplah jln kaki.

No comments:

Post a Comment