Thursday, December 23, 2010

Bandung Part 3

Day 2 (5 Dec 2010 Sunday)

Walaupun alarm off, pukul 4.30am waktu Bandung, mata dah terbelalak n tak boleh tido. Nilah namanya jet lag, sebab di waktu di Malaysia adalah 5.30am, mmg waktu bangun tido setiap hari. Dahlah cuaca malam amat sejuk (aircond off), selimut sehelai tak cukup nak memanaskan badan.

Apa lagi nak buat, org lain semua tido lagi so tgk Indonesian news di TV, kemas barang yg dibeli semalam. Tapi subuh masuk dlm jam 4.50am dan habis around 6am. 6am di Bandung dah start terang, 7am tu terang benderang (yelah 8am waktu KL).

Pagi AHAD...apa lagi, pergi Pasar Gazeeboo lah...pasar pagi yg hanya ada pada hari Ahad....mcm pasar malam style di Malaysia. Suruh budak hotel tu carikan teksi. Dia dapatkan teksi dgn harga RP25,000 (RM8.90)untuk ke sana. Yg ni tak pakai ARGO (meter).

Dalam perjalanan tu, kami notice yg separuh Jln Dago telah ditutup. Kenapa ya Pak? Driver taxi tu cakap pagi Ahad adalah pagi beriadah. So, Jln utama spt Jln Dago akan ditutup separuh sampai 11am n org ramai buat aktiviti riadah spt jogging, aerobic, cycling etc. Mmg betul pun ,sepanjang jalan nampak org berjogging, power walking n aerobic. Satu keluarga turun padang.


Meh join aerobic pagi Ahad di Bandung.

Sebab kami keluar jam 7am, kereta masih tak banyak di Pasar Gazeeboo (PG), orang pun kurang ramai dan gerai pun byk yg masih sedang dibuka. Kebanyakan peniaga hanya meletakkan brg jualan di atas kain yg di atas jalan. Macam2 barang ada, tapi yg paling best diaorg jual brg hasil buatan sendiri. Seperti doll furniture set yg dibuat dr kayu plywood n dicat. Tak bolehlah compare dgn factory made toy tapi for a RP20,000 (RM7), that was a good bargain. So, that was my 1st purchase at PG.

Suzy amat berkenan dgn anak ayam colorful ni. Kalau tak kerana custom tak bagi bawa balik binatang hidup cenggini, mesti dia dah beli setipa color 1 ekor, bela kat ofis. (picture courtesy of Suzy)


Contoh satu lagi, beg2 yg dibuat dari scrap upholstery fabric (fabric buat sofa lah). Agaknya, kain2 lebihan buat sarung sofa tu, diaorg buat beg. Memanglah takde inside lining and all the embellishment tapi amat cantik dan harga berbaloi-baloi. Beg saiz medium (boleh isi telekung n buku) RP20k (RM7) n yg kecil (utk jadi makeup bag or pouch) RP10k (RM3.50). So apa lagi, borong sampai 7 kot (utk souvenir).

Kat PG ni harganya memang murah sebab customers pun rakyat jelata Bandung, bukannnya tourists. Aku mmg dress down mcm rakyat jelata dan cakap sebyk mungkin vocab and lenggok Indonesia. Camera mmg tak keluar sebab takut kena copet (Few of the seller warned us about penyeluk saku which work in group). Kalau bwawa keluar camera mmg diaorg tau sahlah kita ni tourist.

Jumpa seorg peniaga baju ni, dia kata dia pun ada kedai di Pasar Baru, tapi pagi Ahad dia bawa stok baju tu ke PG. Harga di PG utk baju RP60k, tapi di Pasar Baru harganya diletak jauh lebih mahal.

My own case, baju yg ada crochet di leher dibeli di PG dgn harga RP25k, tapi bila tgk di P. Baru, harganya RP45k....

Telekung kain cotton Paris tu di PG, lepas bargain dpt RP165k (dia letak RP170k), di P. Baru ,paling murah boleh dapat RP190k.

Muslimah arm socks and foot sock (kain tebal mcm sock tu, bukan nipis punya), harga hanya RP5k je (RM1.70)...warggg..kenapa beli 5 ajer..kat KL ni paling murah pun RM10 sepasang.

Memang murah..murah ..murah...murah...mcm2 beli...kasut, slipper manik, legging, baju dinner, kids sweaters, baju batik, kain batik, telekung etc.... penuh foldable bag yg dibawa..rabak gak RP739k (RM260)...tapi mmg berbaloi baloi...

By 9.30am, org dah ramai, sesak sgt, kami pun dah penat and lapar. Tu baru jelajah 1 side je PG tu, tak pergi pun to the other side of the road, tak larat dah...nak balik hotel dulu, tinggalkan barang sebelum ke P Baru. Nak naik apa? Kereta punyalah byk n jam maha hebat. Nak tahan teksi, takut kena ketuk (tak nampak pun Bluebird yg pakai argo)

Decided naik Angkot (angkotan Kota), van converted into public transportation. Tambang antara RP1000 ke RP3000, depending on the distance. Lawaknya kitaorg ambil angkot yg salah, rupanya yg kitaorg ambil tu gi Terminal Dago, the opposite way. So jauh jugalah kitaorg tour, siap naik atas bukit, nampak Bandung di bawah nun. Sampai di Terminal Dago, tukar ke angkot yg lalu Jln Dago (takyah patah balik sebab dia mcm buat 1 round gitu)..hek eleh..dekat jer Terminal Dago tu dgn HRD2, tapi tak sangguplah jln kaki.

Wednesday, December 22, 2010

Bandung Part 2

1st day (4 Dec 2010 Saturday)

Flight AA sepatutnya depart jam 9.00pagi dari LCCT to Bandung. Kami berpakat berkumpul di office pada jam 6.30pagi dan carpool ke LCCT. Terima kasih Din kerana sudi jadi driver kami pagi tu.

Di LCCT, kami menggunakan kemudahan machine check-in, amat mudah. Masukkan sahaja booking number, confirmkan dan tiket akan keluar dari machine tu. Oleh kerana kami awal, so dapat seats yg berderet (so tak pengajarannya tak perlulah BELI seat, cuma check in awal ajer). Tapi boleh juga guna kemudahan web check in dari rumah atau dari mana-mana yg ada internet service, tapi mesti ada printer untuk print tickets tu. Masuk ajer ke www.airasia.com.

Lepas tu kami pergi luggage check in counter sebab seorg kawan ni bawa Deuter backpack 60Ltr. Apa lagi, kami yg lain pun tumpang letak toiletries dalam tu. Since ada byk masa lagi, kami pun breakfast di McD.

Off to security check and custom check. Di Custom, kepada sesapa yg berhutang dgn PTPTN, make sure nama tdk di blacklist sebab tak bayar PTPTN. Kalau tak, naya jer, kena patah balik, takleh fly ke oversea sampai nama clear semula.


Waktu menunggu di boarding area, ada announcement cakap flight ke Bandung delay 1 jam ke 10am. So kami pun browse di semua duty free shop yg ada..hmmm takde apa yg menarik pun..

At last, at 10am, kami pun naik flight.
Su and Suzy berangan nak jadi stewardess AA tapi tak cukup tinggi..huhuksss...takpe, naik kapal terbang pun jadilah...(Bob, kami dah naik kapalterbang pergi keluar Malaysia, guna passport lagi -internal joke).

Dalam flight, walaupun dah breakfast tadi, nak try Nasi Lemak Pak Nasir, spt yg direkemen sestgh blog. Tapi bila trolley tu sampai ke tempat kami, dah habis. So di try Nasi Padang (nasi putih, dgn daging rendang and sayur pucuk ubi) dan segelas Milo (harga Rupiah 45k = RM16). Boleh ler telan, takdelah marvelous. Lepas makan, zzzzz sampailah few minutes sebelum landing.


Flight dr LCCT ke Bandung mengambil masa 2 jam. Kami take off jam 10am (waktu Malaysia) dan 2 jam kemudian, ssampai di Bandung jam 11am (waktu Bandung, tapi dah 12noon waktu Malaysia).

Sampai di Bandara Hussein Sasteranegara Bandung Airport, kena beratur panjang untuk melepasi kastam. Ambil cap both ibu jari, dan 8 jari lagi dan gambar diambil...hmmm..sistem baru implement ni, Mei 2010 belum ada sistem ni. Mengingatkan trip ke Phuket pada 2006 yg customnya telah menggunakan sistem ini pada waktu itu. Lepas ambil check in luggage and pass the security check, terus menuju ke kaunter tiket teksi di tepi pintu keluar.

Seperti biasa, tiket teksi bernilai RP40k dibeli untuk ke Hotel Royal Dago 2 (HRD2), (bukan another Royal Dago Hotel 1, opposite jer, yg tu mahal), walaupun booking telah dibuat di Hotel Karmila. (booking di Hotel Karmila tdk perlu deposit, hanya perlu sampai ke sana seblm jam 5 ptg).

Kami amat bernasib baik kerana pada jam 12 tghhari itu, ada bilik yg kosong di HRD2. Kami opt utk 1 non-smoking family room rather than 2 standard room. Family room ada 2 bilik dgn 1 bathroom, 1 queen bed, 2 single bed, airconds and TVs. Jumlah dibayar utk 5 malam hanyalah
RP1,450,000 (RM514.75).

Single beds on the 2nd floor room, katil dah bersepah sebab ambil gambar on last day. Bilik kosong sebab tido jer kat situ, barang semua di bilik bawah. Bila hujan, ada air hujan mengalir sedikit masuk ke tepi pintu.


Spiral staircase menyambungkan main bedroom and second bedroom. Agak bergegar jika turun laju-laju. Kalau hujan, area tu kena hujan sikit, so sentiasalah tutup sliding doors on both room. Kenapa takde gambar the main room? Sebab 3 ekor naga tgh terbongkang atas katil jam 6pagi semasa gambar2 bilik ni ambil.

Lepas letak barang, kami amat lapar. Oleh kerana, Hotel RD2 hanyalah 500mtr dari FOs Jln Dago, kami hanya berjalan ke sana. Setelah masuk 2 FOs yg terdekat, kami lunch di Restoran Royal Dago Payawangan, sebuah restoran makanan Sunda, opposite Grande FO. Semua order Nasi Timbel Komplit yg mmg best. Suzy dan Ilie pilih Timbel Komplit nasi biasa dgn ayam goreng, Su memilih Nasi Timbel Komlit Bakar (nasi yg dimasak dgn santan dlm daun pisang) dan aku memilih Nasi Timbel Komplit Beras Merah, both dgn ayam bakar. Drink pula, pilihan fresh juice spt alpokat (avocado) dan sirsak (durian belanda). Harganya amat berpatutan. Ambiance pun amat menarik. Total utk 4 org RP191,620 (RM68).


Nasi Timbel Komplit di Restoran Dago Payawangan(nasi biasa/bakar/beras merah, ayam goreng/bakar, tempe goreng, tauhu, tomato dan yg paling best ulam daun selasih!)

Note: Kalau datang ke Bandung, minum fresh juice ajer sebab amat kaw (pekat) dan murah! Yg paling popular just alpukat (avocado) sebab avocado jual berlambak mcm jual limau jer.

Lepas lunch, round FOs Jln Dago spt Grande, Gossip, Seximo, Episode, Central dan Donatello Shoes (banyak lagi tapi ni FO yg aku ada beli barang jer, so ada resit utk reference). Sebab 1st day, Habis gaklah RP375,900 (RM133). Dapat key holder Mont Blanc real leather for RP32,00 (RM11.40)di Grande, a superb finding at that price....(Masa pergi sekali lagi ke Grande few days after that, key holder tu semua dah habis).

Kami masuk semua FO di Jln Dago tu dr Utara ke Selatan sampailah ke Rumah Sakit B*** (tak ingat nama)...dah habis FO belah sini jalan, cross jalan, masuk pulak ke semua FOs belah sana.

Pengajaran utk shopping di FO ni, kalau jumpa item yg disukai, harga pun boleh tahan, beli ajer, jgn tunggu2, nak usha FO lain dulu ke sebab most probably, lepas tu brg tu dah takde. Barang FO ni bukannya mereka simpan stock pun. Setiap FO ada brg yg berlainan, kalau ada yg sama pun kebetulan ajer. Harga pun lain2 walaupun brg yg sama. Kalau ada byk masa, bolehlah usha2 dulu, pastu gi round balik utk beli (tapi still tak confirm brg ada lagi or dah kena beli).



On d way balik (jalan kaki juga), singgah di Circle K utk beli mee segera in a cup, roti dan air mineral sebotol besar. Mee segera di sini kurang menepati selera org Malaysia yg biasa dgn Maggie Kari or Maggie Asam Laksa. Tak pedas lansung. Nasihat saya, kalau nak gak makan mee segera, bawalah Maggie in a Cup sendiri. Roti utk breakfast pagi esok. Air mineral tu sebab kat hotel takde air minum mlm tu (hotel lupa nak letak air mineral botol). Cerek utk masak air pun takde, maklumlah budget hotel.

Dinner kat sofa set kat luar bilik, makan mee segera ABC...huhuhu...missing Maggie kari...

Next...day 2 at Pasar Gazeebo and Pasar Baru



Bandung Part 1


Melancong ke Bandung (4 Dec 2010 Sabtu – 9 Dec 2010 Khamis)

Ini kali ke-2 saya ke Bandung pada tahun 2010. Kali pertama pada 10 Mei (Isnin)– 13 Mei (Khamis) 2010 dengan suami dan 3 anak (usia 9, 7 dan 5 tahun). Kali ke-2 pada Dec (4 – 9 Dec 2010 Sabtu – Khamis) dengan 3 orang rakan sepejabat (all girls), setelah kami memenangi return tiket ke Bandung untuk acara Treasure Hunt pada Ogos 2010.

Dalam nota ini akan diselit info dari both trips untuk panduan kepada mereka yg belum pernah ke sana. Tapi ni info utk BUDGET travelling, yg tak kisah bersusah payah sikit2 asalkan jimat. Kalau korang ada byk duit, abaikanlah...

Persiapan sebelum berangkat:

1) Booking Flight Ticket

Untuk Dec trip, kami tidak perlu memikirkan kos membeli tiket kerana ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur Treasure Hunt yg kami menangi (Terima kasih Tiaranita). Oleh kerana tiket dibeli agak lewat pada Sept and tarikh perjalanan yg diminta di musim cuti sekolah, maka tiket Air Asia (AA) yg dibayar pihak pengajur agak mahal, mencecah RM600++ /pax untuk return tiket. Cuma diminta agar pihak penganjur hanya membayar check-in luggage untuk 1 org shj untuk hala pergi. Kenapa? Sebab hala pergi ke Bandung tak perlu bawa banyak barang/pakaian. Kebanyakan pakaian siap boleh dibeli di Bandung, boleh dipakai terus. Jika rasa semua barang boleh masuk dalam carry on luggage, tak perlu beli check-in luggage lansung (jimat RM20 utk 15kg). Untuk hala balik, semua dibelikan 15kg check luggage/pax.

Untuk trip Mei, tiket dibeli semasa AA membuat promosi RM0 fare pada Nov 2009. Untuk 5 orang (2 dewasa, 3 anak), kami cuma perlu membayar RM280 untuk return tiket (ni total utk 5 org, bukan seorg). Setelah melihat jumlah yg begitu rendah, mulalah gatal utk menambah in-flight food (sandwidch ajer) and pick-a-seat option (rasa membazir jer bila pikir balik) utk 5 org, so total semua RM330 ajer utk 5 org. Murah kan? RM 66/pax return. Waktu ni bukan cuti sekolah, sebab tu dapat rate RM0 tu (anak2 dipontengkan sekolah selama 4 hari). Waktu booking ni check in luggage dibeli utk 5 orang untuk both ways! Padahal, perjalanan pergi yg sebenar tiada check in luggage (semua masuk hand carry) and perjalanan balik cuma 1 check in luggage. Jika buat plan betul, sebenarnya boleh save lagi sebyk RM180 (9 x RM20).

Ini basic facts untuk AA:

· Setiap penumpang hanya dibenarkan 1 carry-on luggage. Ada sizenya (sila rujuk AA website untuk size sebenar) dan tidak melebihi 7kg.

· Untuk Check-in luggage, ada option untuk tidak membelinya atau boleh membeli mengikut anggaran berat (15kg, 30kg atau 45kg).

Saya cadangkan, belilah tiket semasa promosi AA, amat menjimatkan, walaupun travelling date dalam masa beberapa bulan dari tarikh booking.

2) Tukar RM ke Rupiah

Tukarlah sebyk RM yg mungkin di KL kerana rate di airport dan di Bandung lebih mahal.


Duit Rupiah yg selalu dapat dari Money Changer adalah in Rupiah 100,000 notes. Tanyalah kalau ada notes yg kecil spt RP50k, dapat 2 keping pun jadilah. Senang masa di Airport, untuk beli kupon teksi berharga RP40k. Kalau takde juga, redah jelah.(picture is courtesy of Suzy)

Pada Mei 2010, average conversion rate adalah RP 1juta (1,000,000) = RM362.

Pada Dec 2010, average conversion rate adalah RP 1juta (1,000,000) = RM355 or RM353, depending on location.

Average rate utk Dec 2010 adalah RM355 (ada yg lebih mahal), tapi kalau tukar di Midvalley (tepi escalator LG floor ada 2 kedai dan Maybank yg dekat dgn 2 kedai tu), dapat RM353.

Kalau di bank biasa, rate boleh mencecah RM383, begitu juga di airport LCCT.

Jika di Bandung, ratenya adalah lebih kurang RM368. Tapi itu untuk note RM50 atau RM100. Jika note RM10, rate adalah lebih mahal sedikit. Ini adalah rate money changer di Pasar Baru, tempat lain di Bandung saya kurang pasti.

Mengambil kira nasihat dari salah satu blog entry yg saya baca, saya membuat mini conversion table dan dilekatkan dlm buku nota kecil yg di bawa di dlm handbag utk Mei trip.

Contoh conversion table:

RP 1,000,000 = RM362

RP 500,000 = RM181

RP 200,000 = RM72.40

Dan seterusnya…..ikut citarasa sendiri berapa panjang list tu.

Untuk trip Dec 2010, oleh kerana kesuntukan masa, tiada kesempatan utk buat conversion table, so saya bawa 1 calculator.

Jika harga brg RP50,000, saya akan kirakan 50 x 0.355 = RM17.75.

Jika saya nak convert RM ke RP, saya kira RM / 0.355 = RP

Jika tak bawa RM yg banyak ke Bandung, bolehlah membuat withdrawal di ATM yg mempunyai tanda VISA atau Plus.

Saya menggunakan kad ATM Maybank dan membuat withdrawal di CIMB Niaga ATM di Jln Ir H Juanda (Jln Dago). Ratenya hanyalah RM370 = RP 1juta.

Tetapi bila saya buat withdrawal di ATM Bank Mandiri di Bandung airport, ratenya adalah RM430= RP1juta! Amat mahal tapi in my case, I was desperate.

Satu lagi option adalah menggunakan credit card . Tapi dinasihatkan menggunakan CC hanya di Factory Outlets (FOs) kerana ratenya mengikut conversion rate semasa. In my case, bila check CC statement, ratenya adalah RM355 = RP1juta.

Di Pasar Baru, untuk kedai yg menerima CC, charge 3% akan dikenakan utk penggunaan CC.

Untuk trip Dec 2010, saya akan menggunakan conversion rate 355 untuk keseluruhan article.

3) Hotel

Ciri-ciri hotel yg saya pilih: cheap, close to local attractions and acceptable facilities. Agak low standard tu sebab pada saya buat apa spend mahal2 utk hotel padahal kita hanya mandi, tidur dan simpan brg di sana. Lainlah pergi honeymoon di mana byk masa dihabiskan dlm bilik hotel.

Setelah membaca byk blog, hotel yg amat menepati ciri tersebut adalah Hotel Royal Dago 2 (di depan hotel ni ada Hotel Royal Dago yg rate mahal, company sama). Ratenya amat murah, along Jln Dago (bahagian Utara Jln Dago), 500m ke FO Jln Dago (boleh jln kaki jer) dan acceptable bed and toilet condition. Tapi hotel Royal Dago 2 ini hanyalah on walk in basis, tak boleh reserve awal2.

Sebab itulah untuk trip Mei 2010, kami tidak dapat check in di Royal Dago 2 kerana hanya ada kekosongan 1 bilik shj dan mereka tidak dapat menambah tilam kerana bilik sempit. Kami end up di Hotel Karmila yg moderate rate, RM130++/day untuk 1 katil king dan 1 tilam single tambahan. Bilik lengkap dgn TV, aircond, wardrobeHotel Karmila juga di Jln Dago (bahagian Selatan Jln Dago). Hotel Karmila boleh booking tapi tak perlu bayar deposit. Cuma perlu sampai sebelum jam 5 ptg utk check in.

Untuk trip Dec 2010, kami amat bertuah kerana Royal Dago 2 mempunyai non-smoking family room yg available semasa kami sampai jam 12 tghhari. Family room ni ada 2 bilik, atas dan bawah. Bilik bawah ada 1 katil besar, meja solek, wardrobe, aircond dan bathroom. Bilik atas ada 2 katil single. Since kami ber4, memang perfect family room itu utk kami. Both rooms are connected by a spiral staircase. Both ada TV. Rate utk 1 hari hanyalah RP290,000 (RM102.95). Utk 6 hari 5 malam, kami membayar RP1,450,000 (RM514.75). Amat murah kerana bila dibahagi 4, setiap org hanya membayar RP362,500 (RM128.70) utk 5 mlm @ RM25.70 /night / pax! Mana nak cari deal mcm tu dik oiii…

4) Packing barang

Seperti yg diterangkan dalam chapter Booking Flight Ticket, jika sudah plan untuk beli baju siap dipakai di Bandung, tak perlu bawa byk pakaian. Biasanya saya membawa:

· 1 pasang baju tidur (pakai baju yg sama setiap mlm )

· Pakaian dalaman yg secukupnya (tapi kalau tak cukup juga, boleh beli di Pasar Baru)

· Baju dan seluar/skirt utk hari ke-2 dan ke-3 (jika perlu). Hari pertama, mestilah pakai baju yg naik flight tu. Baju selalunya saya pilih kain yg jenis ringan spt cotton. Begitu juga seluar, personally saya suka slack berbanding jeans kerana lebih ringan. Tapi ada juga orang yg bawa jeans sehelai shj tapi pakai setiap hari. Selepas hari ke 2, biasanya kita telah terjumpa baju dan seluar yg ingin dibeli dan boleh dipakai sepanjang di Bandung. Tapi jika anda jenis org yg tidak akan memakai baju baru sehinggalah dibasuh dahulu atau mempunyai size yg susah didapati di pasaran, silalah bawa sebanyak mana yg anda perlu, beli ajelah check in luggage tu 15kg ke. By the way, saya tak pernah basuh sendiri/hantar laundy baju supaya boleh dipakai semula sepanjang trip. Pakai pastu simpan dlm beg baju busuk utk basuh di rumah. Biasanya baju2 busuk ni mmg masuk check in luggage....hahahaha....

· Toilettries yg diperlukan.

Ingat, jika anda bawa shampoo, shower gel, perfume botol besar and toothpaste saiz besar, anda perlu masukkan kesemua brg ini ke dalam check in luggage kerana cecair melebihi 100ml tidak boleh dibawa di dalam hand carry lunggage. Alternatively, anda boleh beli sahaja keperluan asas tersebut di Circle K (equivalent to 7-11 di Malaysia). Harga di Circle K amat berpatutan, tidak spt 7-11 yg lebih mahal dari harga kedai runcit biasa. Tapi bawalah toothbrush sendiri (rasanya Circle K tak jual toothbrush, tapi tak pasti).

· Payung yg boleh dilipat.

Amat penting kerana hampir setiap petang dan malam, Bandung akan hujan. Tak kira Mei atau Dec, sama sahaja. Payung juga boleh dibeli di sekitar Bandung tapi pada hemat saya agak mahal berbanding kualitinya, unless jika dibeli di Pasar Gazeebo pada pagi Ahad (murah dan boleh dibargain, dan kualiti padan dgn harga). Payung2 di FO agak mahal, pada hemat saya.

· Dokumen penting spt passport, duit etc...rasanya tak perlulah saya nyatakan.

· Phone dan camera charger.

Di Indonesia, mereka menggunakan 2-pin plug. So kalau ada charger yg macam ni, tak perlu bawa converter. Kalau anda hanya bawa charger yg 3 pin plug, silalah bawa converter sekali. Utk trip Dec 2010, walaupun saya bawa handphone charger Nokia 3 pin plug dan converter ke sana, tetapi oleh kerana semua berebut nak guna converter, maka saya beli charger Nokia (bukan ori) di pasar Gazeebo dgn harga RP15,000 (RM5.30). Charger camera tu, rasanya sahih kena guna converter sebab charger camera tak jual bersepah2 mcm phone charger.


Inilah power socket di Indonesia. Masuk ke dalam gitu. Kalau charger kita 2 pin juga, boleh guna, takyah converter.

· Extra foldable bag (optional sebab boleh beli di Bandung)

Tak perlu bag yang mahal-mahal. Cukup dgn bag yang selalu peniaga simpan brg2..apa nama bag tu yerk..nanti tgk ajer gambarnya. Kalau tak bawa dari Malaysia pun tidak apa, mereka banyak menjualnya di Bandung. Tak perlu cari pun, penjual jalanan akan menyuakan kepada pelancong. Cuma kena tahu menawar dan beli pada harga yg berpatutan. Kami dapat beg saiz sederhana dgn harga ~RP35k (RM12.50) dan yg besar ~RP50k (RM17.80) (harga asal diletak RP65k). Mungkin org yg lebih pandai menawar boleh dapat lebih murah. Tapi begnya amat berkualiti dan tebal dari yg saya beli di Malaysia, dgn harga yg lebih kurang sama.

· Mini padlock

Untuk kunci check in luggage especially jika beli foldable beg tadi. Walaupun beg tu takdelah secure, sekali toreh jer dah terbelah, tapi taknaklah kasi can pencuri kat airport tu ambil brg dgn buka zip sesuka hati. Tak perlu beli yg mahal. Mine beli di MR. DIY jer, harga RM3 jer. My friend beli di Pasar Gazeebo, so mmg murah.

· Kasut / slipper

Standardnya, saya akan bawa dan pakai Croc sahaja. Comfortable, tahan lasak, ringan dan kalau hujann basah, tak kisah apa2 pun, lap sahaja. Perfect shoes for travelling in tropical setting. Tapi since Croc saya dah beusia 4 tahun, tapaknya dah haus, so saya agak berhati2 ketika hujan.


5) Time

Waktu di Bandung adalah lewat 1 jam dari waktu di Malaysia. Contohnya, jika di Malaysia jam 7 pagi, waktu di Bandung adalah 6 pagi.