Wednesday, December 22, 2010

Bandung Part 1


Melancong ke Bandung (4 Dec 2010 Sabtu – 9 Dec 2010 Khamis)

Ini kali ke-2 saya ke Bandung pada tahun 2010. Kali pertama pada 10 Mei (Isnin)– 13 Mei (Khamis) 2010 dengan suami dan 3 anak (usia 9, 7 dan 5 tahun). Kali ke-2 pada Dec (4 – 9 Dec 2010 Sabtu – Khamis) dengan 3 orang rakan sepejabat (all girls), setelah kami memenangi return tiket ke Bandung untuk acara Treasure Hunt pada Ogos 2010.

Dalam nota ini akan diselit info dari both trips untuk panduan kepada mereka yg belum pernah ke sana. Tapi ni info utk BUDGET travelling, yg tak kisah bersusah payah sikit2 asalkan jimat. Kalau korang ada byk duit, abaikanlah...

Persiapan sebelum berangkat:

1) Booking Flight Ticket

Untuk Dec trip, kami tidak perlu memikirkan kos membeli tiket kerana ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur Treasure Hunt yg kami menangi (Terima kasih Tiaranita). Oleh kerana tiket dibeli agak lewat pada Sept and tarikh perjalanan yg diminta di musim cuti sekolah, maka tiket Air Asia (AA) yg dibayar pihak pengajur agak mahal, mencecah RM600++ /pax untuk return tiket. Cuma diminta agar pihak penganjur hanya membayar check-in luggage untuk 1 org shj untuk hala pergi. Kenapa? Sebab hala pergi ke Bandung tak perlu bawa banyak barang/pakaian. Kebanyakan pakaian siap boleh dibeli di Bandung, boleh dipakai terus. Jika rasa semua barang boleh masuk dalam carry on luggage, tak perlu beli check-in luggage lansung (jimat RM20 utk 15kg). Untuk hala balik, semua dibelikan 15kg check luggage/pax.

Untuk trip Mei, tiket dibeli semasa AA membuat promosi RM0 fare pada Nov 2009. Untuk 5 orang (2 dewasa, 3 anak), kami cuma perlu membayar RM280 untuk return tiket (ni total utk 5 org, bukan seorg). Setelah melihat jumlah yg begitu rendah, mulalah gatal utk menambah in-flight food (sandwidch ajer) and pick-a-seat option (rasa membazir jer bila pikir balik) utk 5 org, so total semua RM330 ajer utk 5 org. Murah kan? RM 66/pax return. Waktu ni bukan cuti sekolah, sebab tu dapat rate RM0 tu (anak2 dipontengkan sekolah selama 4 hari). Waktu booking ni check in luggage dibeli utk 5 orang untuk both ways! Padahal, perjalanan pergi yg sebenar tiada check in luggage (semua masuk hand carry) and perjalanan balik cuma 1 check in luggage. Jika buat plan betul, sebenarnya boleh save lagi sebyk RM180 (9 x RM20).

Ini basic facts untuk AA:

· Setiap penumpang hanya dibenarkan 1 carry-on luggage. Ada sizenya (sila rujuk AA website untuk size sebenar) dan tidak melebihi 7kg.

· Untuk Check-in luggage, ada option untuk tidak membelinya atau boleh membeli mengikut anggaran berat (15kg, 30kg atau 45kg).

Saya cadangkan, belilah tiket semasa promosi AA, amat menjimatkan, walaupun travelling date dalam masa beberapa bulan dari tarikh booking.

2) Tukar RM ke Rupiah

Tukarlah sebyk RM yg mungkin di KL kerana rate di airport dan di Bandung lebih mahal.


Duit Rupiah yg selalu dapat dari Money Changer adalah in Rupiah 100,000 notes. Tanyalah kalau ada notes yg kecil spt RP50k, dapat 2 keping pun jadilah. Senang masa di Airport, untuk beli kupon teksi berharga RP40k. Kalau takde juga, redah jelah.(picture is courtesy of Suzy)

Pada Mei 2010, average conversion rate adalah RP 1juta (1,000,000) = RM362.

Pada Dec 2010, average conversion rate adalah RP 1juta (1,000,000) = RM355 or RM353, depending on location.

Average rate utk Dec 2010 adalah RM355 (ada yg lebih mahal), tapi kalau tukar di Midvalley (tepi escalator LG floor ada 2 kedai dan Maybank yg dekat dgn 2 kedai tu), dapat RM353.

Kalau di bank biasa, rate boleh mencecah RM383, begitu juga di airport LCCT.

Jika di Bandung, ratenya adalah lebih kurang RM368. Tapi itu untuk note RM50 atau RM100. Jika note RM10, rate adalah lebih mahal sedikit. Ini adalah rate money changer di Pasar Baru, tempat lain di Bandung saya kurang pasti.

Mengambil kira nasihat dari salah satu blog entry yg saya baca, saya membuat mini conversion table dan dilekatkan dlm buku nota kecil yg di bawa di dlm handbag utk Mei trip.

Contoh conversion table:

RP 1,000,000 = RM362

RP 500,000 = RM181

RP 200,000 = RM72.40

Dan seterusnya…..ikut citarasa sendiri berapa panjang list tu.

Untuk trip Dec 2010, oleh kerana kesuntukan masa, tiada kesempatan utk buat conversion table, so saya bawa 1 calculator.

Jika harga brg RP50,000, saya akan kirakan 50 x 0.355 = RM17.75.

Jika saya nak convert RM ke RP, saya kira RM / 0.355 = RP

Jika tak bawa RM yg banyak ke Bandung, bolehlah membuat withdrawal di ATM yg mempunyai tanda VISA atau Plus.

Saya menggunakan kad ATM Maybank dan membuat withdrawal di CIMB Niaga ATM di Jln Ir H Juanda (Jln Dago). Ratenya hanyalah RM370 = RP 1juta.

Tetapi bila saya buat withdrawal di ATM Bank Mandiri di Bandung airport, ratenya adalah RM430= RP1juta! Amat mahal tapi in my case, I was desperate.

Satu lagi option adalah menggunakan credit card . Tapi dinasihatkan menggunakan CC hanya di Factory Outlets (FOs) kerana ratenya mengikut conversion rate semasa. In my case, bila check CC statement, ratenya adalah RM355 = RP1juta.

Di Pasar Baru, untuk kedai yg menerima CC, charge 3% akan dikenakan utk penggunaan CC.

Untuk trip Dec 2010, saya akan menggunakan conversion rate 355 untuk keseluruhan article.

3) Hotel

Ciri-ciri hotel yg saya pilih: cheap, close to local attractions and acceptable facilities. Agak low standard tu sebab pada saya buat apa spend mahal2 utk hotel padahal kita hanya mandi, tidur dan simpan brg di sana. Lainlah pergi honeymoon di mana byk masa dihabiskan dlm bilik hotel.

Setelah membaca byk blog, hotel yg amat menepati ciri tersebut adalah Hotel Royal Dago 2 (di depan hotel ni ada Hotel Royal Dago yg rate mahal, company sama). Ratenya amat murah, along Jln Dago (bahagian Utara Jln Dago), 500m ke FO Jln Dago (boleh jln kaki jer) dan acceptable bed and toilet condition. Tapi hotel Royal Dago 2 ini hanyalah on walk in basis, tak boleh reserve awal2.

Sebab itulah untuk trip Mei 2010, kami tidak dapat check in di Royal Dago 2 kerana hanya ada kekosongan 1 bilik shj dan mereka tidak dapat menambah tilam kerana bilik sempit. Kami end up di Hotel Karmila yg moderate rate, RM130++/day untuk 1 katil king dan 1 tilam single tambahan. Bilik lengkap dgn TV, aircond, wardrobeHotel Karmila juga di Jln Dago (bahagian Selatan Jln Dago). Hotel Karmila boleh booking tapi tak perlu bayar deposit. Cuma perlu sampai sebelum jam 5 ptg utk check in.

Untuk trip Dec 2010, kami amat bertuah kerana Royal Dago 2 mempunyai non-smoking family room yg available semasa kami sampai jam 12 tghhari. Family room ni ada 2 bilik, atas dan bawah. Bilik bawah ada 1 katil besar, meja solek, wardrobe, aircond dan bathroom. Bilik atas ada 2 katil single. Since kami ber4, memang perfect family room itu utk kami. Both rooms are connected by a spiral staircase. Both ada TV. Rate utk 1 hari hanyalah RP290,000 (RM102.95). Utk 6 hari 5 malam, kami membayar RP1,450,000 (RM514.75). Amat murah kerana bila dibahagi 4, setiap org hanya membayar RP362,500 (RM128.70) utk 5 mlm @ RM25.70 /night / pax! Mana nak cari deal mcm tu dik oiii…

4) Packing barang

Seperti yg diterangkan dalam chapter Booking Flight Ticket, jika sudah plan untuk beli baju siap dipakai di Bandung, tak perlu bawa byk pakaian. Biasanya saya membawa:

· 1 pasang baju tidur (pakai baju yg sama setiap mlm )

· Pakaian dalaman yg secukupnya (tapi kalau tak cukup juga, boleh beli di Pasar Baru)

· Baju dan seluar/skirt utk hari ke-2 dan ke-3 (jika perlu). Hari pertama, mestilah pakai baju yg naik flight tu. Baju selalunya saya pilih kain yg jenis ringan spt cotton. Begitu juga seluar, personally saya suka slack berbanding jeans kerana lebih ringan. Tapi ada juga orang yg bawa jeans sehelai shj tapi pakai setiap hari. Selepas hari ke 2, biasanya kita telah terjumpa baju dan seluar yg ingin dibeli dan boleh dipakai sepanjang di Bandung. Tapi jika anda jenis org yg tidak akan memakai baju baru sehinggalah dibasuh dahulu atau mempunyai size yg susah didapati di pasaran, silalah bawa sebanyak mana yg anda perlu, beli ajelah check in luggage tu 15kg ke. By the way, saya tak pernah basuh sendiri/hantar laundy baju supaya boleh dipakai semula sepanjang trip. Pakai pastu simpan dlm beg baju busuk utk basuh di rumah. Biasanya baju2 busuk ni mmg masuk check in luggage....hahahaha....

· Toilettries yg diperlukan.

Ingat, jika anda bawa shampoo, shower gel, perfume botol besar and toothpaste saiz besar, anda perlu masukkan kesemua brg ini ke dalam check in luggage kerana cecair melebihi 100ml tidak boleh dibawa di dalam hand carry lunggage. Alternatively, anda boleh beli sahaja keperluan asas tersebut di Circle K (equivalent to 7-11 di Malaysia). Harga di Circle K amat berpatutan, tidak spt 7-11 yg lebih mahal dari harga kedai runcit biasa. Tapi bawalah toothbrush sendiri (rasanya Circle K tak jual toothbrush, tapi tak pasti).

· Payung yg boleh dilipat.

Amat penting kerana hampir setiap petang dan malam, Bandung akan hujan. Tak kira Mei atau Dec, sama sahaja. Payung juga boleh dibeli di sekitar Bandung tapi pada hemat saya agak mahal berbanding kualitinya, unless jika dibeli di Pasar Gazeebo pada pagi Ahad (murah dan boleh dibargain, dan kualiti padan dgn harga). Payung2 di FO agak mahal, pada hemat saya.

· Dokumen penting spt passport, duit etc...rasanya tak perlulah saya nyatakan.

· Phone dan camera charger.

Di Indonesia, mereka menggunakan 2-pin plug. So kalau ada charger yg macam ni, tak perlu bawa converter. Kalau anda hanya bawa charger yg 3 pin plug, silalah bawa converter sekali. Utk trip Dec 2010, walaupun saya bawa handphone charger Nokia 3 pin plug dan converter ke sana, tetapi oleh kerana semua berebut nak guna converter, maka saya beli charger Nokia (bukan ori) di pasar Gazeebo dgn harga RP15,000 (RM5.30). Charger camera tu, rasanya sahih kena guna converter sebab charger camera tak jual bersepah2 mcm phone charger.


Inilah power socket di Indonesia. Masuk ke dalam gitu. Kalau charger kita 2 pin juga, boleh guna, takyah converter.

· Extra foldable bag (optional sebab boleh beli di Bandung)

Tak perlu bag yang mahal-mahal. Cukup dgn bag yang selalu peniaga simpan brg2..apa nama bag tu yerk..nanti tgk ajer gambarnya. Kalau tak bawa dari Malaysia pun tidak apa, mereka banyak menjualnya di Bandung. Tak perlu cari pun, penjual jalanan akan menyuakan kepada pelancong. Cuma kena tahu menawar dan beli pada harga yg berpatutan. Kami dapat beg saiz sederhana dgn harga ~RP35k (RM12.50) dan yg besar ~RP50k (RM17.80) (harga asal diletak RP65k). Mungkin org yg lebih pandai menawar boleh dapat lebih murah. Tapi begnya amat berkualiti dan tebal dari yg saya beli di Malaysia, dgn harga yg lebih kurang sama.

· Mini padlock

Untuk kunci check in luggage especially jika beli foldable beg tadi. Walaupun beg tu takdelah secure, sekali toreh jer dah terbelah, tapi taknaklah kasi can pencuri kat airport tu ambil brg dgn buka zip sesuka hati. Tak perlu beli yg mahal. Mine beli di MR. DIY jer, harga RM3 jer. My friend beli di Pasar Gazeebo, so mmg murah.

· Kasut / slipper

Standardnya, saya akan bawa dan pakai Croc sahaja. Comfortable, tahan lasak, ringan dan kalau hujann basah, tak kisah apa2 pun, lap sahaja. Perfect shoes for travelling in tropical setting. Tapi since Croc saya dah beusia 4 tahun, tapaknya dah haus, so saya agak berhati2 ketika hujan.


5) Time

Waktu di Bandung adalah lewat 1 jam dari waktu di Malaysia. Contohnya, jika di Malaysia jam 7 pagi, waktu di Bandung adalah 6 pagi.

No comments:

Post a Comment